Sunday, May 24, 2009

Lagu Yang Memang Aku Akan Ingat

Dari Ulat Jadi Kepompong,
Tidur Lena Dalam Keronsong,
Tiba Masa Kepompong Pecah,

POOMMMMM!!!!!!!!!
Jadi Rama-rama Yang Indah,

Rama-rama Terbang Merata,
Hisap Madu Di Pokok Bunga,
Sungguh Cantik Dipandang Mata,
Tapi Sayang.... Hidupp Tak Lama..

I Can't Forgot this song...

Wednesday, April 1, 2009

Flash Back

Sweet jerk, teringat masa belajar dulu. Aku bukanlah best student, dan rajin sangat.Betullah kata orang tempat yang mendewasakan kita adalah tempat kita belajaar. Dari darjah satu hingga darjah 6. Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Pahtu masuk U dalam jangka masa 4 tahun, sambung lagi 2 tahun. Lamakan, sekarang ni pun teringin nak belajar lagi sebenarnya. Cikgu-cikgu yang pernah mengenali diri ini ingin ku ucapkan jutaan terima kasih. Untuk pensyarah-pensyarah yang pernah mendidik ku, dan pernah berkongsi ilmu, jasa mu tak kan ku lupa sampai akhir hayat. Sebenarnya teringin nak gi balik kat tempat yang pernah aku belajar. Dalam banyak-banyak tempat, kalau aku menjejakkan kaki ke satu bangunan mesti perasaan aku lain. Orang yang aku ingin temui sudah pergi mengadap Ilahi. Dulu, kalau nak jumpa dia, aku & kawan aku panjat tangga seronok pergi bilik dia. Guru aku ni simple orangnya. Suka pakai baju petak-petak, seluar slack, selipar capal, pahtu kalau nak tunggu dia datang bagi kuliah dia, selalu aku terdengar batuk-batuk kecil dia. Lagi best pasal dia, selalu jerk bagi kucing-kucing kat fakulti tu makan. Siap beli makanan khas tuh. Ada tuh, dia nak gi out station, siap tinggal pesan kat staf dia, bagi kucing-kucing tu makan. Patutlah, time mula-mula aku sampai kat bangunan tu, bulu kucing-kucing kat situ gebu semacam, gemuk pulak tuh. Ada satu ketika, kucing tu tunggu jerk depan pintu, nak makan la tu kut. Kalau kita suka dia, hormat dia, sayang dia, tuhan lebih sayangkan dia, sebab tu dia dijemput lebih awal. Al-Fatihah untuk arwahnya. Prof sentiasa dalam ingatan saya. Banyak yang saya belajar dari prof. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Saturday, March 21, 2009

Happy Birthday To Me

Harini genaplah umur aku ke satu angka. Bagi aku, umur hanyalah satu angka yang tak tunggu kita. Namun, masih banyak lagi aku nak buat dalam hidup ni dan harta yang paling mahal kat dunia ni, adalah kesihatan yang baik. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmatNya. Semoga permudahkanlah segala urusan dan perjalanan hidup ini. Amin!

Wednesday, March 18, 2009

My Baby Sister



Antara budak kecik yang aku rasa paling cute time kecik, adalah adik bongsu aku. Baru darjah satu tahun ni. Nasib baik dia dok kelas A. ok jugak la kalau suruh baca buku. Alkisahnya, time baru nak bukak sekolah dulu susahnya nak dapat saiz kasut sekolah, kaki punya lah kecik. Time dia pra school, kalau tak dapat jawab exam, menangis dia kat situ. Semangat kalau nak pergi sekolah pagi-pagi. Itulah Maksu Bidah.

Time Tuh!

Happy birthday Ira. Saje jerk nak tulis kat sini. Bila eik kita kenal, Jun 1999 kut, sampailah kita abih belajar pahtu pindah fakulti sebelah. Teringat pulak time study dulu, time sambung kat sebelah tuh, ada kelas tu kami berdua jerk yang ambik subjek tuh. Tapi kena hadir jugak kat kelas. Berbanding dengan Ira, aku lebih kalut kalau nak buat assignment, dia lebih cool. Meby dia lebih tua lebih kurang 50 jam dari aku. Aku kadang-kadang kalut tak bertempat. Ekekeke… ada satu ketika tuh aku dipanggil oleh sorang akak di pejabat fakulti, dia panggil aku idaira…idaira…idaira.. time tuh aku rasa aku jalan sorang2 jerk, barulah aku terpikir yang dia tak tahu kami yang mana satu. Sekarang masing-masing dah berkahwin, dah ada dunia sendiri. Sebenarnya ramai kawan sekelas aku yang lahir start dari Jan hingga April ni. Apa-apa pun untuk sahabatku yang dah lepas hari lahir, happy belated birthday, yang akan datang, selamat bakal menyambut hari lahir. Takkan lupa korang semua, hingga akhir hayat.

Sunday, March 15, 2009

Aku Vs Salesman

Satu malam, aku keluar pi shopping barang dapur dengan hubby aku. Sebenarnya, time ni la aku suka, keluar date ngan suami. Lepas jalan-jalan cari barang apa yang perlu, pah tu kami pergi kat cashier bayar. Time nak kluar aku ditegur oleh sorang mamat ni, ‘akak kami tengah nak buat soal selidik ni, lepas jawab beberapa soalan akak akan dapat beg percuma’. Aku sememangnya pantang dengar word ‘percuma’. Sambil tu mata aku mencari mana la pergi hubby aku dengan troli barangnya, cepat betul hilang. Mungkin pergi kedai majalah depan tu kut. Takpala, sekejap ajer duduk. Kesian pulak, dia pun nak buat job jugak. Lepas aku jawab semua soalan oleh mamat ni, dia bagi aku beberapa sampul untuk dipilih. Dia cakap hadiah sampingan. Sebelum tu, aku ada tanya dia, saya kena bayar apa-apa tak. Dia cakap, takda kak, akak pilih jerk. Kemudian aku bagi warning kat dia, kalau saya kena bayar apa-apa siap awak. Dia tersengih. Aku pun pilih la satu, dia pun bukak. Lepas tuh, dia tunjuk muka gembira yang amat sangat, dan cakap Tahniah Kak! Tahniah Kak! Akak dapat boucer RM50 untuk membeli dapur memasak elektrik yang berharga RM5000. Tahniah kak! Rugi kak kalau tak beli, kalau letak tangan atas dapur pun tak pa, selamat, sebab ia bertindak balas dengan besi, aluminium, kaca jerk, dapur akak akan jadi kemas, bersih ..bla..bla..bla… Aku sengih dan bagitahu kat dia, saya memang sengaja nak jimat elektrik kat rumah. Kalau guna elektrik below 20 ringgit, kerajaan tanggung, awak ni. Saya tak reti nak tekan-tekan gini. Saya suka guna dapur gas, dan la 3 bulan sekali tukar. Pahtu aku mencelah, awak pakai ka kat rumah awak, ka tukang jual jerk. Dia pun a..u…..a…u…..senyum. Awak tahu tak, hello jerk kat kedai India tuh, terus dihantar nyer depan pintu rumah. Siap angkut tong tuh naik tangga lagi. Time ni, aku tengok reaksi muka dia yang tak putus asa, nak jugak cuba pujuk. Lepas tu ada sorang kawan dia datang dekat aku, bagus kak, jimat RM50 kak. Tak semua orang dapat, beruntungnya. Time ni la aku pikir who care’s dengan 50 ringgit. Entah-entah semua dalam sampul tuh sama jerk, dan part yang paling aku naik angin, dia mintak aku kredit card. Untuk apa pulak mintak kredit card, bukannya aku nak beli. Ni mesti nak sherek , pah tu jadi. Lagipun memang aku takda pun card2 ni. Lepas tu aku pun mintak diri, dan aku tak lupa untuk mintak beg percuma tuh. Malam tu aku balik dengan seronoknya, sebab dapat beg percuma, takpala warna kuning gitu, asalkan percuma.

Tuesday, March 10, 2009

after married

kehidupan,... seindah yang kita bayangkan. sebelum kahwin dulu, aku selalu terpikir, macam mana eik rupa hubby aku, handsome ka? botak ka?.. pandai masak ka...? kelakar kan... but now, aku dah 3 tahun lebih kahwin, seronok juga jadi wife pada somebody ni. tak leh citer lebih-lebih.. apa-apa pun, i love my hubby to much...